KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN 
 
“MAJLIS
MAKAN MALAM
RAUDHATUL ULUM” 
Tarikh :
13hb Disember 2008
(Sabtu) 
Tempat:
Hotel Star City
Alor Setar, Kedah 
 
“SMURU bertahta dihati,
terukir kenangan abadi” 

Pendahuluan
      Sekolah Menengah Ugama Raudhatul Ulum (SMURU) adalah sebuah institusi pendidikan agama; yang mana ianya menjadi medan bagi pelajar setempat untuk menuntut ilmu agama dan akademik. Sejak ditubuhkan, SMURU telah berjaya bermainkan peranan dalam usaha mendidik para pelajar menjadi insan yang berguna. Justeru, sebagai satu ingatan di atas pengorbanan seluruh tenaga pengajar SMURU yang telah banyak berkorban dalam mendidik para pelajarnya, maka kami bekas pelajar SMURU akan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan seluruh tenaga pengajar dan juga bekas pelajar yang pernah bertahta di sekolah ini. 

Objektif
1. Meraikan seluruh tenaga pengajar yang banyak berkorban dalam mendidik kami pelajar SMURU.
      2. Mewujudkan perhubungan kembali di antara bekas-bekas  pelajar.
      3. Mengimbau kembali nostalgia kenangan pahit-manis semasa belajar di
          SMURU. 

Nama Majlis
      “ MAJLIS MAKAN MALAM TAUTAN UKHUWAH & JALINAN MESRA SMURU ” 

Tarikh Cadangan
      13hb Disember 2008 (Ahad) 

Tempat
      Hotel Star City, Alor Setar, Kedah.

PENUTUP
      Dengan majlis seumpama ini diharapkan memberi erti yang cukup bermakna kepada tenaga pengajar dan juga bekas-bekas pelajar SMURU. Moga ianya menjadi kenyataan.

Responses

  1. Dear Organizer,

    I notice there is spelling error in the word Hotel, kindly do the necessary

    Tempat:

    Hotek Star City

    Alor Setar, Kedah

  2. ok gak buat majlis macam ni..dapat mengeratkan kembali silaturrahim…

  3. cadangan perjumpaan seumpana ini satu usaha murni….semoga berjaya hendaknya…..

  4. kesempatan dcni nak tanya ,saudara Nor Hairi ni dok kat Kepala Batas ka.Ngaji tahun 1984 .

  5. nak tumpang tanya nih. pasai pa majlis ni tak buat kat skolah kita dulu.Rasa nya lagi best sebab ada kenangan kat situ.Lagi pun dah lama kita tak masuk bekas sekolah kita tu.Walaupun la ni dah jadi maktab mahmod pokok sena, mungkin kita boleh minta kebenaran untuk buat majlis ni.Nak best lagi kita buat siang.Lagi byk masa nak bersembang.Maklumlah dah lama tak jumpa kan.Ini cuma pandangan dan cadangan saja.

  6. buat En Zulkifli Bakar… terima kasih kerana ingatan saudara……ya sy org kepala batas…….
    Apa kbr En Zul, harapan sihat hendaknya …

  7. tuan pengajur.
    sila iklankan program yang bersejarah ni dalam akhbar .semoga dengan hebahan ini boleh mengundang ramai lagi bekas pelajar smuru

    sekian
    shabri b ismail
    pelajar di era 80′an

  8. Saya cadangkan kepada urusetia program area UTARA ini sila hebahkan dlm Radio Kedah FM kerana bekas pelajar SMURU ada yang jadi DJ disitu kalau tak silap la takkan dia tak boleh tlg kot.

  9. Saya pun bekas pelajar sekolah Raudhah jugak. Tapi la ni dok kat kl, program lagu ni baguih sangat, tp awat x buat masa raya ari tu kan senang. Ramai boleh datang. Walau apapun saya nak ucapkan semoga program ini berjaya.

  10. Program ni memang baguih.kami kalau duduk dekat.kami mesti pi,sapa tak teringin nak jumpa kawan2 lama.lain kali kalau nak buat, buat time raya,rasanya semua boleh pi sbb time raya semua orang balik kampung,buat time cuti sekolah ni cikgu2 yang duduk jauh tu boleh la pi.mcm kami ni mana boleh cuti selalu.kirim salam buat sapa2 yang kenai kami.

  11. assalamualaikum……
    awat la hampa ni tak habaq kat aku sama………..
    kesian aku hari ni baru aku on com……..
    nak wat cam ne aku insan yang tidak bertuah untuk bersama2 meraikan majlis inio…..
    lain kali habaq kat aku sama no…….
    aku sekelas dengan saudara ishom le dulu ni……
    aku tau pun aku jumpa sepupu kat umah dia hari ni……..dia bagi tau…….sapa kenai aku leh call
    la ni aku dah balik kedah dah…..cemuih dah duk tempat orang…..

    mohd suhaimi khalid
    0164419878


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: